bunga

" />

GAMBAR SAYA

GAMBAR SAYA
email - jasnifive@yahoo.com.my

Saturday, April 26, 2008

KISAH DI MSAM 2008 MITC MELAKA

Nampaknya banyak perkara yang harus kita perbaiki bagi menjadikan kita sebuah agensi yang perkasa.Ia menuntut komiten dari semua pihak agar setiap langkah kerja kita menjadi lebih mantap.

Apa yang pasti semangat sepasukan mestilah tidak diabaikan dan semestinya kita tidak boleh berpeluk tubuh menunggu prospek di depan mata baru hendak bertindak.
Kita sebagai wakil takaful ikhlas haruslah lebih bersemangat untuk berjuang kerana setiap gerak kerja kita mendapat balasan yang yang baik dari Allah subhanAllah Taala.

Yang pasti seharusnya sedar akan tanggungjawab kita menyedarkan orang Islam akan konsep penyimpanan di dalam takaful yang mana ia adalah berkali ganda kebaikannya dibandingkan dengan penyimpanan biasa.

Semoga SMA agensi bersemangat untuk berjuang dihari-hari mendatang.

Tiada kejayaan tanpa pengorbanan.
Tiada kesenangan tanpa kesusahan.
Kejayaan hanya bagi orang betul-betul ingin berjaya.

TERUS BERUSAHA SEMOGA BERJAYA.

Monday, April 14, 2008

KERAJAAN SEMUT

Setiap perbuatan kita sama ada baik atau jahat akan diadili di akhirat kelak dihadapan Allah, Tuhan Rabbul Jalil. Setiap perbuatan ini walaupun kecil sebesar zarah pastinya akan dituntut untuk diberikan penjelasan dan penghakiman disana nanti. Setiap lisan yang dituturkan, setiap coretan yang diwarkahkan, setiap janji yang dicanangkan, setiap lenggok bahasa badan yang digambarkan akan ditanyai di akhirat kelak.
Pernah satu ketika saya menulis satu cerpen (pernah disiarkan pada satu masa dahulu di media cetak pada tahun 80′an) bertajuk “Kerajaan Semut” yang saya rasakan masih lagi relevan pada masa kini yang menggambarkan betapa berkecamuknya masyarakat dari peringkat bawahan sehinggalah kepada peringkat pimpinan atasan.

Disini saya ingin mengimbau sedikit tentang cerpen tersebut (yang mana satu masa nanti akan saya terbitkan menjadi novel).
Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut.
“Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut” tanya Malaikat Pendakwa di kamar Mahkamah Akhirat Tuhan Semut.
“Errr… saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel” jawab Gadis Semut kembali. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.
“Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkan ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama?” soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.
“Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan” jawab Gadis Semut.
“Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga” bentak Malaikat Pendakwa kepada Malaikat Pembantu yang lain.

“Wahai ibubapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu” tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya
“Kami lalai tuan, Kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kamu ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama” jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.
“Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga” bentak Malaikat Pendakwa.
“Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?” tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.
“Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan” jawab Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut.
“Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini” tanya Malaikat Pendakwa
“Kementerian Pelajaran tuan, yang diketuai oleh Menteri Pelajaran.” dakwa Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut.
“Panggil kekamar bicara Menteri Pelajaran” bentak Malaikat Pendakwa lalu ditanya pula
“Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pelajaran yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu pelajaran ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?”
“Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pelajaran. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan” terketar-ketar Menteri Pelajaran tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut.
“Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu” tegas soalan dari Malaikat Pendakwa
“Perdana Menteri kami, tuan” lemah balasan Menteri Pelajaran yang kini tidak mampu mengangkat muka.

“Panggil ke kamar bicara Perdana Menteri Kerajaan Semut ini sekarang juga” bentak Malaikat Pendakwa kepada pembantu-pembantunya.
Lemah longlai Perdana Menteri diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.
“Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini.” tanya Malaikat Pendakwa dengan tegas kepada Perdana Menteri
“Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya.” jawab Perdana Menteri lemah.
“Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan” tanya Malaikat Pendakwa.
“Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya” lemah jawapan Perdana Menteri tersebut.
“Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini” lontar Malaikat Pendakwa
“Tuhanku, Perdana Menteri ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa pelajaran ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.” bentang Malaikat Pendakwa kepada Tuhan Semut dengan lengkap dan tertibnya.
“Barang siapa yang memilih (mengundi) Perdana Menteri dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina” titah Tuhan Semut kepada Malaikat Pendakwa dan semua Malaikat seluruhnya.

Jika anda seorang yang berakal, tentunya anda dapat menangkap maksud petikan ringkas cerpen diatas. Semoga Allah tidak melaknat kita dan memasukkan kita keseluruhannya kedalam neraka atas sikap sambil lewa dan cuai kita dalam memilih pemimpin dan pimpinan negara. Walaupun ada satu dosa kecil yang dilakukan oleh mana-mana pihak, maka kita pun akan dimasukkan kedalam neraka jika kita membiarkan dosa ini dilakukan walaupun tanpa kita sedar.
Undi kita walaupun hanya sekadar satu garisan diatas sekeping kertas akan menyebabkan kita dimasukkan kedalam syurga ataupun neraka. Ingat, apakah jawapan yang mampu kita berikan diakhirat kelak sewaktu dibicarakan dihadapan Allah, Tuhan Rabbul Jalil.
Sediakanlah jawapan anda. Undilah dengan iman, amal dan akal. Jangan biarkan anda dipengaruhi dengan kebendaan dan keduniaan yang mana ianya tidak akan kekal

PANDANGAN RAKAN-RAKAN TENTANG BLOG INI.

Berilah pendapat anda berkenaan dengan blog ini.
Jika anda ada permasalahan yang hendak ditimbulkan bolehlah menghantar
email kepada saya.
Saya cuba untuk memaparkan perkara tersebut di blog ini.

Tq

Editor anda
Jasni saman.
013621 1313

Monday, April 7, 2008