bunga

" />

GAMBAR SAYA

GAMBAR SAYA
email - jasnifive@yahoo.com.my

Monday, August 17, 2009

H1N1


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sesungguhnya sesuatu penyakit yang menimpa umat manusia adalah ujian yang diturunkan
agar manusia sedar tentang kejadian alam dan juga tentang hidup dan mati.
Sebagai manusia kita harus sedar bahawa, hidup dan mati adalah ketentuan dari Allah yang maha Esa. Sudah tertulis bila kita akan mati. Apa yang dapat mengubah saat
kematian kita adalah doa yang kita panjatkan kehadrat Allah subhanAllah Taala.

Sekarang ini negara kita dilanda wabak H1N1 dimana setakat ini 64 orang telah meninggal dunia.
Ini tidak termasuk kes kematian yang tidak didaftar sebagai H1N1 kerana meninggal di hospital swasta.
Diharapkan kita semua dapat sentiasa berjaga2, elakkan diri dari pergi ke tempat yang menjadi tumpuan awam. Anak2 kita haruslah diberikan perhatian yang penuh kerana mereka bukannya pandai menjaga diri dan membezakan yang baik dan yang buruk.

Kita harus ingat mencegah lebih baik dari merawat.

Sebelum itu dikesempatan saya ingin mengucapkan takziah buat Keluarga Allahyaham
Ustaz Asri Ibrahim dari kumpulan Rabbani yang telah meninggal dunia pada Tanggal 13 Ogos 2009. Saya mengetahui beliau meninggal kira2 dalam pukul 11.30 pagi melalui internet pada tarikh tersebut.

Kenangan saya bersama Ustaz adalah semasa beliau menjayakan minggu kebudayaan Islam di Universiti Teknologi Malaysia Jalan Semarak pada tahun 1998. Yang mana ketika itu saya dapat berduet bersama beliau menyanyikan lagu berkorban apa saja.Saya ketika itu bertindak sebagai urusetia.Beliau sangat sporting........

Bagi saya beliau seoarang yang mesra dan baik hati. Moga roh beliau dicucuri rahmat dan moga khazanah nasyid yang beliau tinggalkan menjadi kebaikan yang berpanjang bagi beliau di alam yang kekal abadi.

Bagi kita yang masih hidup, teruskan perjuangan untuk menjadi hamba Allah yang terbaik.

Moga hidup kita dan mati kita sentiasa dalam lingkungan rahmat dan baraqah dari Allah Taala.



Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku." -Kata-kata Ustaz Asri di dalam blognya.