bunga

" />

GAMBAR SAYA

GAMBAR SAYA
email - jasnifive@yahoo.com.my

Thursday, March 20, 2008

Dah Tau Jangan Fikir lama-lama

Apa lagi yang anda fikirkan?

Apabila disuruh membuat keputusan sekarang, dia memberi alasan, Tunggulah dulu, Saya belum fikirkan lagi", Minggu depan apabila ditanya lagi, alasan yang sama dia berikan, " Takaful? Saya belum terfikir lagi untuk memberi Takaful",

Abang, kakak, saudara, saudari untuk membeli Takaful anda sebenarnya TIDAK PERLU FIKIR LAMA-LAMA!

Anda takut ditipu oleh agen Takaful mungkin alasan anda antara sebabnya tidak mengambil Takaful.

Duit tidak cukup?sampai bila2 tidak cukup kalau anda tidak mengurus dan merancang kehidupan anda dengan perancangan dengan bijak.

Kalau begitu apakata anda sendiri pergi ke syarikat Takaful dan menyertai pelan Takaful tanpa orang tengah.

Tidak KISAH macam mana pun yang penting setiap individu yang telah bekerja dan berpendapatan tetap samada, ada atau tidak ada simpanan harus ada Takaful sebagai jaminan simpanan kewangaan di masa tua.

Anda rasa Takaful tidak penting? Betul ke tidak penting?

"kehidupan penuh dengan ketidaktentuan, maka haruslah bijak merancang demi kesejahteraan hidup"

Jika hari ini anda ditakdirkan menghidap kanser...dan anda tidak memiliki simpanan, apakah jalan penyelesaian anda?

Soalan

A) Menggunakan simpanan sendiri?
B)Menjual harta benda?
C) Memohon pinjaman?
D) Meminta derma?

Jawapan

A) Berapa banyakah simpanan anda sekarang?cukupkah simpanan anda?Anda mungkin tidak tahu bahawa kanser pada peringkat keempat memerlukan kos rawatan kemoterapi RM 9000?SEKALI rm 9000 DUA kali sudah RM 18000.

B) Anda terdiri daripada golongan berada?memiliki harta yang banyak? Biasanya menjual harta dalam keadaan terdesak, anda terpaksa menjual dengan harga yang murah.

C) Ada bank yang sudi memberi pinjaman, jika anda sudah sakit kritikal? Anda memiliki kawan yang kaya dapat memberi pinjaman tanpa banyak soal?

D) Adakah anda dapat wang dari kutipan derma serta merta? atau mungkin kerana senang mendapat derma kerana anda sewaktu sihat "rajin" menderma?


Takaful mempunyai beberapa kelebihan:
• Sebagai perlindungan atau jaminan masa hadapan semasa berlakunya bencana seperti kemalangan, kecurian, kebakaran, kecacatan kekal, kematian. Jika berlaku kematian kepada peserta, maka si waris akan mendapat perlindungan kewangan utk menguruskan jenazah, dan meneruskan kehidupan. Jika berlaku kecacatan kekal, maka takaful akan memberikan perlindungan kepada para peserta. Ini mengurangkan tekanan kewangan kepada peserta dan keluarga. Tidak perlu lagi peserta atau keluarga peserta meminta-minta daripada orang lain. Sebuah hadits nabi mengatakan adalah lebih baik meninggalkan keluarga dlm keadaan berharta drp meminta-minta daripada orang lain.

• Sebagai bekalan untuk menghadapi saat sukar seperti sakit. Kos perubatan untuk membiayai penyakit adalah besar. Melalui penglibatan dalam takaful, pengendali akan membayar kos rawatan dan pelbagai manfaat tambahan seperti duit poket.

• Sebagai tabungan untuk jangka masa panjang. Terutama dalam hal pendidikan tinggi anak-anak pada peringkat universiti. Yurang pengajian universiti dan kolej sekarang sudah pun melambung dan terus meningkat setiap tahun. Skim takaful bagi pelajaran akan meringankan beban ibu-bapa apabila anak mereka ingin melanjut pelajaran ke menara gading. Walaupun kerajaan sudah menyediakan bantuan biasiswa dan pinjaman, namun tiada jaminan bahawa anak kita pasti terpilih kerana persaingan antara pelajar-pelajar adalah sengit.

No comments:

Post a Comment

SOMETHING