Salam pembaca PemikirKaya!
Jika sebelum ini saya ada menulis berkenaan Bekerja Untuk Wang, hari ini apa kata kita lihat pula ’senjata’ utama yang digunakan oleh orang - orang kaya.
Jika anda lihat pada ayat ‘Bekerja Untuk Wang’, ia secara jelas dan nyata menunjukkan yang anda perlukan usaha dan kerja keras(yang curi tulang pun ada ;) ) untuk memperolehi wang.
Anda juga perlu menukar masa yang anda ada untuk mendapatkan wang. Anda terikat dengan kerja tersebut sepanjang masa.
“Jadi bagaimana pula dengan ‘Wang Bekerja Untuk Anda’?”, anda mungkin bertanya lagi.
Jika bekerja untuk wang memerlukan masa dan usaha keras daripada anda, lain pula dengan ‘wang bekerja untuk anda’.
Ini kerana ayat tersebut sendiri menyatakan yang anda tidak perlu bersusah payah bekerja untuk wang! Sebaliknya wang yang bekerja untuk anda.
Anda tidak terikat dengan masa yang untuk menghasilkan wang dan mungkin anda boleh lakukan perkara lain yang lebih anda senangi seperti merancang dan mencari idea perniagaan baru atau mungkin meluangkan masa bersama keluarga.
Alat utama yang digunakan untuk menjadikan wang itu bekerja untuk anda adalah melalui pelaburan dan bukannya melalui pelaburan internet atau yang seangkatan dengannya!
Jadi jika anda bercita-cita untuk terlibat dalam dunia pelaburan ini, anda perlulah terlebih dahulu memahami 2 konsep pelaburan yang mesti anda tahu untuk menjadi kaya.
Untuk menjadi seorang pelabur yang hebat, anda perlu mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang tinggi.
Namun begitu, jika anda ingin berjinak-jinak dengan dunia pelaburan ini saya sarankan anda untuk lebih banyak membaca tentang perkara dan isu berkaitan perniagaan dan pelaburan untuk mendapatkan idea mengenai bentuk pelaburan yang sesuai dengan anda.
Anda boleh dapatkan buku, majalah, mendengar CD, melayari internet melalui blog-blog pelaburan atau mungkin menghadiri seminar yang dianjurkan oleh mereka yang berpengalaman dalam dunia pelaburan.
Salam kekayaan,
GAMBAR SAYA
email - jasnifive@yahoo.com.my