Pembuka kata;
“Pengaruh adalah gagasan yang di dorong dengan kekuatan pemikiran yang mendominasi seluruh jiwa raganya.”
Huzaidi Hadis
Ramai orang percaya bahawa kuasa adalah ibu segala penciptaan pengaruh, Kebanyakan kita semua percaya perkara ini tanpa ada pembuktiaan tentang teori tersebut.
Ada orang yang mengeluh bahawa selepas beliau tidak memegang jawatan tinggi dalam kerajaan dek kerana persaraan, tiada lagi hadiah2 dari rakan2 yang biasa diperolehi olehnya.
Beliau melihat dengan kurang hadiah2 yang yang diberikan oleh rakan2 nya itu bermakna pengaruhnya makin pudar….
Walaupun beliau adalah golongan yang berjaya tetapi ahli keluarganya jarang menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi bagi ahli keluarga yang lain.
Kenapa ini berlaku, ini berlaku beliau tidak mampu membina pengaruh orang di sekelilingnya.
Selama ini beliau merasakan caranya adalah betul belaka.Beliau mungkin baik, tetapi tidak mampu dijadikan sebagi role model dalam kehidupan orang lain.
Apa yang perlu dilakukan ialah membuat sedikit penelitian tentang tingkahlaku org yang mempunyai pengaruh yang besar walaupun mereka sudah mati tetapi namanya masih disebut sebagai role model atau sumber rujukan.
Malcom X ada berkata
“ Dengan menjadikan sejarah lalu sebagai kelengkapan diri, kita dapat merancang masa depa kita ”
Selepas ini kita akan meneroka 30 strategi membina pengaruh bagi membuang tanggapan bahawa untuk membina pengaruh perlukan kuasa terlebih dahulu.
Pengaruh Sebagai Alat Membongkar Potensi Diri Dan Orang Lain.
Pengaruh menjadi alat atau tool bagi membolehkan diri atau orang lain untuk membuat keputusan, memenuhi tanggungjawab dan mengubah seseorang dari tahap ke tahap yang lain.
Pengaruh amat diperlukan dalam kehidupan seharian.
Kita lihat bagaimana seoarang ayah menggunakan pengaruhnya ke atas anak dalam membuat keputusan penting dalam hidup aak itu.
Kita lihat bagaimana seorang suami berjaya mempengaruhi isteri berjuang bersama-sama nya terhadap apa yang suami percaya ia boleh lakukan bersama-sama dengan isterinya.
Bagaimana seorang ketua mempengaruhi organisasi nya untuk mencapai matlamat.
Bagaimana seorang Imam berjaya mempengaruhi menerima sebagai ketua dalam solat yang menuruti apa perbuatan Imam itu.
Pengaruh haruslah dititik beratkan dalam kehidupan seharian, dengan pengaruh yang ada hdup kita adakn lebih bermakna dan sentiasa bersemangat dalam kehidupan yang fana ini.
GAMBAR SAYA
email - jasnifive@yahoo.com.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
SOMETHING