Ada kisah secawan air suam dihidang kepada seorang tetamu.
Tetamu ini kehairanan adakah hanya air suam yang dihidangkan kepada tetamu.
Tetapi bagi tidak menyinggung perasaan tuan rumah beliau minum juga air tersebut.
Apabila beliau sudah minum separuh dari gelas tersebut barulah tuan rumah mempelawa beliau untuk minum Teh. Beliau pun bersungguh mengatakan ya, lalu diberikanlah oleh tuan rumah seuncang teh lalu dimasukkan air panas kedalam cawan yang separuh tadi.
Tetamu masih kehairanan, tak nak bagi gula ke ni, fikirnya dalam hati. Tapi digagahnya juga untuk meminum air tersebut.
Bila sudah 2,3 teguk tetamu minum, barulah tuan rumah pelawa, mahu gulakah.....tetamu mengangguk tanda setuju, bila dimasukkan gula bertambahlah kelazatan air yang diminumnya.
Tiba2 sekali lagi tuan rumah bertanya, nak susu kah?
Tetamu sekali lagi mengangguk dengan bersungguh tanda setuju.
Bila susu dimasukkan maka bertambahlah kelazatan dalam minuman tersebut.
Tuan rumah bertanya apa perasaan anda dengan apa yang berlaku sebentar tadi.
Tetamu mengatakan saya dapat merasakan kenikmatan minuman saya itu peringkat demi peringkat, dari air tawar kepada teh, dari teh kepada teh manis, dari teh manis kepada teh lemak berkrim.
Hah, begitulah pengaruh, Tetamu kehairanan.
Pengaruh datang dari pelbagai sumber dan arah. Setiap pergerakan, perbuatan walau sekecil mana sekalipun sebenarnya boleh mencipta pengaruh.
Pengaruh tidak boleh berdiri dengan sendirinya, tapi mestilah dipupuk dan dibajai dari masa ke semasa. Bagaimana dari cerita secawan air suam, ditambah teh, gula, susu dan akhirnya menjadi air yang memberikan kenikmatan kepada si peminumnya.....
ILMU PENGETAHUAN
REKOD KEJAYAAN
PENGALAMAN
KEBOLEHAN
RANGKAIAN
GERAK HATI
KARAKTER
ILMU PENGETAHUAN
Orang berpengaruh ilmu pengetahuannya haruslah berkembang dari masa ke semasa,
Ada tercipta denganilmu pengetahuan dimana ini adalah perbezaan antara Adam dan malaikat.Adam pelu dihormati oleh malaikat kerana Adam telah diajar oelh Allah Taala tentang pengurusan alam.
REKOD KEJAYAAN
Orang berpengaruh akan lebih berkesan pengaruhnya apabila bliau bercakap dengan bukti dengan contoh rekod kejayaannya yang lalu. Dimana dengan rekod kejayaannya yang lampau ia akan menjadikan pengikut tidak mampu berdolak dalik bagi menidakkan segala keputusan yang telah dicapai.
PENGALAMAN
Orang berpengaruh akan terus berkembang dalam kehidupannya samada sosial atau bisnes berpandukan pengalaman lampaunya. Kerana kebanyakan ornag yang berjaya adalah mereka yang pernah jatuh, kejatuhan ini yang mengajar erti keperitan jatuh bangun dalam kehidupan.Hingga menjadikan individu itu lebih berhati dalam tiap gerak langkahnya.
KEBOLEHAN
Kebolehan yang ada dalam invidu berpengaruh akan digunakan sebagi mungkin untuk membantu individu lain berjaya bersama-sama dengannya. Maknanya dengan kebolehan itu juga membuat org sentiasa menjadikan beliau sebagai rujukan.Sebaik-baik manusia adalah manusia yang banyak memberi bukannya banyak menerima.
RANGKAIAN
Individu berpengaruh sentiasa menjalinkan hubungan dengan sesiap sahaj bagi menjadikan dirinya sentiasa senang dihubungi dan didekati.Beliau akan menggunakan teknologi semasa yang ada bagi menerangkan agenda beliau dari masa ke semasa.Bila mana pengikutnya dapat mengikut perkembangan beliau dengan lebih kerap maka pengaruhnya tidak akan berkurang malahan bertambah.
GERAK HATI
Individu berpengaruh adakalanya memerlukan gerak hati dalam melakukan sesuatu keputusan lebih-lebih lagi bila masalah tersut datang dengan tiba-tiba.Oleh iindividu ini biasanya akan menjaga hati agar tidak menjadikan kotor dgn tipuan dunia.Dimana hati yang kotor akan melahirkan tindakan yang kotor.
KARAKTER
Karakter seoarang individu berpenagruh haruslah sentiasa disenangi. Kita lihat bagaimana karakter nabi sebagai seorang yang diiktiraf sebagai al-amin yakni tidak pernag bercakap bohong berjaya menyelesaikan permasalahan perletakan Hajar Aswad dikalangan kaum Arab ketika itu. Dimana kepercayaan mereka terhadap nabi membolehkan mereka mendengar jalan penyelesaaian yang diberikan oleh nabi.
GAMBAR SAYA
email - jasnifive@yahoo.com.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
SOMETHING